Suhakam persoal siasatan terhadap AKJ dan Hishamuddin

Astro Awani
Jun 8, 2018 19:08 MYT
Rakyat Malaysia kata beliau berhak untuk mengetahui dan mempersoalkan bagaimana wang kerajaan dibelanjakan demi mencapai ketelusan dan akauntabiliti.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mempersoalkan keputusan untuk menyiasat Datuk A Kadir Jasin dan aktivis sosial Hishamuddin Rais kerana penulisan mereka baru-baru ini.
Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan memberitahu, kerajaan sudah berjanji untuk memansuhkan undang-undang berbentuk penindasan oleh kerajaan terdahulu termasuk Akta hasutan 1948.
Justeru katanya, pihak berkuasa perlu mengelak untuk menggunakan undang-undang tersebut sebagai cara untuk menyekat perdebatan awam dan hak untuk mendapatkan maklumat.
Rakyat Malaysia kata beliau berhak untuk mengetahui dan mempersoalkan bagaimana wang kerajaan dibelanjakan demi mencapai ketelusan dan akauntabiliti.
Ujarnya, dalam konteks pendemokrasian, seharusnya tiada isu yang dipersoalkan.
A. Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais sebelum ini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana tulisannya mengenai perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong.
#A Kadir Jasin #akta hasutan #Hishamuddin Rais #kerajaan #penulisan #rakyat Malaysia #siasatan #Suhakam #undang-undang #Yang di-Pertuan Agong
;