Rakyat Malaysia perlu mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR), kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Datuk Dr Khaw Lake Tee.
Beliau berkata tidak ramai rakyat Malaysia termasuk pegawai kerajaan sedar tentang UPR dan komitmen yang dibuat kerajaan Malaysia dalam UPR kedua pada 2014 serta kemajuan UPR, walaupun kerajaan telah berusaha melaksanakan pelbagai program menambah baik kedudukan hak asasi manusia.
"Kita perlu menggalakkan penyertaan aktif pihak-pihak berkepentingan seperti pertubuhan masyarakat sivil (CSOs), agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta media dalam pelaksanaan UPR (cadangan) oleh kerajaan," katanya semasa perundingan SUHAKAM mengenai UPR kedua Malaysia dengan CSOs, agensi kerajaan dan pengamal media di sini hari ini.
UPR adalah proses yang dijalankan untuk menyemak rekod hak asasi manusia di kesemua 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), setiap empat setengah tahun.
UPR kedua Malaysia dibentangkan pada sesi kumpulan kerja UPR ke-17 pada Oktober 2013 di Geneva dan Malaysia mengguna pakai hasil kedua UPR semasa sesi Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) ke-25 pada Mac 2014.
Kerajaan menerima 150 cadangan daripada negara-negara anggota PBB dengan 113 diterima sepenuhnya, 22 pada dasarnya dan selebihnya secara sebahagian.
Bernama
Wed Jan 06 2016
Beliau berkata tidak ramai rakyat Malaysia termasuk pegawai kerajaan sedar tentang UPR dan komitmen yang dibuat kerajaan Malaysia dalam UPR kedua pada 2014
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
SUHAKAM gesa tingkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat M'sia mengenai UPR
Rakyat Malaysia perlu mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR), kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).