Suhaizan dan anak Hadi dipilih terajui Pemuda PAS
Irwan Muhammad Zain
November 21, 2013 22:26 MYT
November 21, 2013 22:26 MYT
Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang baharu pada Muktamar DPPM ke-54.
Suhaizan memperolehi 320 undi menewaskan pencabarnya Kamaruzaman Mohamad yang mendapat 307 undi manakala seorang lagi calon, Zulhazmi Sharif hanya mendapat tujuh undi.
Bagi jawatan Timbalan Ketua DPPM, Mohd Khalil Abdul Hadi menewaskan pencabarnya Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.
Mohd Khalil memperolehi 355 undi manakala Raja Ahmad Iskandar mendapat 282 undi.
Sementara itu untuk jawatan Naib Ketua DPPM, Mohd Khairul Nizam Khairuddin dipilih dengan memperolehi 411 undi manakala pencabarnya Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi mendapat 226 undi.