Suhaimi Sulaiman dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia

Irfan Faruqi
Januari 19, 2023 16:43 MYT
Suhaimi (kanan) merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI. - Facebook Fahmi Fadzil
Kuala Lumpur: Penggiat media terkemuka Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menerusi hantaran di Facebook memaklumkan mengenai pelantikan itu, hari ini.
"InsyaAllah dengan kepakaran beliau akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia," katanya.
Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran, beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI. Beliau juga pernah bertugas di Kumpulan Media Sarawak, Bernama dan Media Prima.
Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.
#Fahmi Fadzil #KKD #Jabatan Penyiaran Malaysia
;