"Sudahlah fitnah, bodoh pula!" - Ahmad Maslan

Nursyazwani Saiful Sham
November 17, 2017 11:05 MYT
Ahmad Maslan menafikan dakwaan kenyataannya terhadap kenaikan harga minyak untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. -Astro AWANI/Shahir Omar
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan mahu pihak Suruhunjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap fitnah yang disebarkan terhadapnya.
Beliau merujuk kepada potret dan kenyataan yang kononnya Kerajaan menaikkan harga minyak kerana ingin mengurangkan kadar kemalangan di negara ini yang tersebar sejak beberapa hari lalu.
“Pegawai saya juga akan membuat laporan polis, #PDRM. Kita mesti #PerangiFitnahMediaSosial #SemakSebelumSebar juga #FikirSebelumTular,” kata beliau menerusi laman media sosial, Twitter.

Saya telah memaklumkan pihak #SKMM agar mengambil tindakan terhadap fitnah yg disebarkan ini. Pegawai saya juga akan membuat laporan Polis, #PDRM. Kita mesti #PerangiFitnahMediaSosial #SemakSebelumSebar juga #FikirSebelumTular. Saya harap mereka yg terlibat akan diambil tindakan pic.twitter.com/i95gHsUGZ5

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) November 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa sama, Maslan menafikan dakwaan kenyataan kenaikan harga minyak untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.
“Saya tak pernah sebut kenyataan ini, apa hal saya nak sebut tentang harga minyak, bukan bawah MITI,”

Infografik yg disebar ini fitnah bodoh. Dahlah fitnah, bodoh pula. 1. Saya tak pernah sebut kenyataan ini. 2. Apa hal saya nak sebut ttg harga minyak, bukan bawah MITI. 3. Harga minyak Msia ikut harga minyak dunia, bukan Kjaan yg naik atau turunkan. #SKMM elok tangkap mereka ini! pic.twitter.com/JTOTIxLT16

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) November 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik tujuh sen kepada RM2.38 seliter manakala RON97 naik enam sen kepada RM2.66 seliter berkuat kuasa tengah malam 16 Nov hingga 22 Nov.
Harga runcit diesel pula naik lima sen kepada RM2.25 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
BACA: Harga runcit petrol, diesel naik
#dakwaan #Datuk Ahmad Maslan #fitnah #MCMC #nafi #SKMM #Twitter
;