Sudah boleh makan lebih dua orang semeja - Ismail Sabri

Astro Awani
Februari 18, 2021 10:28 MYT
Ismail Sabri berkata, bermula Jumaat, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor dikenakan PKP manakala negeri lain (PKPB) sementara Perlis (PKPP).
PUTRAJAYA: Kerajaan menarik balik larangan makan semeja dua orang di kedai makan bermula esok, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, kerajaan kini membenarkan pelanggan duduk lebih daripada dua orang semeja, namun perlu mengikut kesesuaian saiz meja makan di sesebuah premis.
Katanya, ia berkuat kuasa di semua negeri termasuk yang masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
"Mesyuarat bersetuju semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP dibenarkan 'dine in' dengan kebenaran makan berdasarkan keluasan meja dan adanya penjarakan fizikal satu meter," katanya pada sidang media mengenai PKP hari ini.
Bermula Jumaat, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor dikenakan PKP manakala negeri lain (PKPB) sementara Perlis (PKPP).
#makan #dine in #PKP #PKPB #ismail sabri yaakob #Kedai makan #restoran #dua orang #semeja #larangan #ditarik balik #kelonggaran