Subsidi petrol RON95, diesel dihentikan mulai 1 Dis

Astro Awani
November 21, 2014 15:48 MYT
Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal.
Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan berkata, kaedah ini adalah sama dengan pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak 2010.
“Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak 1983.
"Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
“Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bulan berikutnya.
Jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat, dan sebaliknya,” jelas Hasan.
Tambah beliau, harga runcit RON95 bagi bulan Disember dijangka akan dikurangkan.
#diesel #RON95
;