Subsidi, bantuan kerajaan kepada prasekolah swasta pastikan kualiti pendidikan yang baik - Pakar Pendidikan

Irfan Faruqi
Mei 31, 2023 02:10 MYT
Anuar berkata subsidi dan bantuan yang diberikan ini perlu ditumpukan kepada memastikan kualiti guru prasekolah berada pada tahap terbaik. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberikan bantuan, subsidi dan baucar kepada operator prasekolah untuk menyediakan perkhidmatan yang baik.
Setiausaha Kluster Pendidikan & Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara, Anuar Ahmad berkata sebagai imbal balas, operator perlu mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan agar operasi prasekolah menjamin pendidikan berkualiti.
“Jadi di sinilah peranan kerajaan untuk memastikan penguatkuasaan, pemantauan, latihan disyaratkan kepada operator prasekolah yang ingin membuka sekolah. Jika tidak dipenuhi, mereka tidak dibenarkan beroperasi.

Dr. Anuar Ahmad berkata kerajaan perlu memberikan bantuan, subsidi dan baucar kepada operator pra-sekolah untuk menyediakan perkhidmatan yang baik. #AWANInews pic.twitter.com/bU2vvjoKSB

— Astro AWANI (@501Awani) May 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya rasa itu perlu dilakukan oleh pihak kerajaan. Dengan penyediaan bantuan oleh pihak kerajaan dalam bentuk subsidi, baucar dan sebagainya, ramai pihak operator pra-sekolah bersedia untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Anuar menjelaskan subsidi dan bantuan yang diberikan ini perlu ditumpukan kepada memastikan kualiti guru prasekolah berada pada tahap terbaik. Ini memandangkan kualiti guru merupakan asas kepada sistem pendidikan pra-sekolah yang cekap.
“Kita hendak anak-anak kita menjadi anak yang hebat, cemerlang dan bagus, bermula dengan guru-guru yang berkualiti. Jadi apabila kita sebut tentang pendidikan pra-sekolah yang berkualiti, perkara pertama yang selalu dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan ialah menyediakan yang guru-guru berkualiti,” katanya lagi.
#Agenda Awani #pendidikan #subsidi #guru