#SuaraMalaysia: Parti yang kuat belum tentu jamin calon itu terpilih
Firdaus Azil
Oktober 29, 2022 19:05 MYT
Oktober 29, 2022 19:05 MYT
KUALA LUMPUR: Jika anda datang dari parti yang popular, pimpinan yang baik, serta mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh, itu belum tentu menjamin 100 peluang anda untuk menjadi calon yang terpilih dalam pilihan raya umum akan datang.
Berdasarkan kaji selidik #SuaraMalaysia Astro AWANI, hampir separuh daripada responden memilih faktor calon dalam pertimbangan pengundian mereka.
Keputusan yang diperoleh setakat 6 petang Sabtu menunjukkan 49 peratus dari keseluruhan 2,790 responden memilih faktor calon, diikuti faktor parti (39 peratus), dan faktor isu berbangkit (16 peratus).
Mengangkat tema "Malaysia memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula buletin awani jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Astro AWANI juga menggunakan tanda pagar #Suaramalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.