#SuaraMalaysia: Majoriti mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023

Astro Awani
Februari 2, 2023 19:14 MYT
Sebanyak 22 peratus responden menyatakan mahu subsidi diberi tumpuan, manakala 21 peratus mahu cukai diberi perhatian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: SEBANYAK 57 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia kendalian Astro AWANI mahukan bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Bajet 2023 yang bakal dibentang pada 24 Februari ini.
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
Selain bantuan sara hidup, daripada 1,566 responden sehingga jam 6 petang Khamis, 22 peratus lagi menyatakan mahu subsidi diberi tumpuan, manakala 21 peratus mahu cukai diberi perhatian.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" Pasca-PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis dan badan bukan kerajaan.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera setiap untuk mengakses soalan yang disediakan.
#Suara Malaysia #Bajet 2023 #Bantuan Sara Hidup #Astro Awani
;