#SuaraMalaysia: 84 peratus responden belia mahu bantuan tunai

Astro Awani
Februari 15, 2023 19:41 MYT
84 peratus responden menyatakan mereka memerlukan bantuan dalam bentuk tunai. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Belia merupakan golongan yang paling aktif dalam masyarakat dan bilangan mereka adalah hampir separuh daripada jumlah penduduk negara kita.
Namun, apakah bentuk bantuan yang dimahukan golongan belia dalam usaha memajukan diri dan ekonomi mereka?
Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI.
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Apakah bantuan diperlukan oleh remaja dan belia?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Rabu.
Daripada 131 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 84 peratus responden menyatakan mereka memerlukan bantuan dalam bentuk tunai.
Sebanyak 12 peratus mengatakan mereka memerlukan bantuan rebat dalam talian, manakala baki 4 peratus pula memilih pakej prabayar.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" pasca PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
#Belia #bantuan tunai #rebat dalam talian #pakej prabayar
;