#SuaraMalaysia: 76 peratus mahu harga barang jadi tumpuan dalam Belanjawan 2024

Fareez Azman
Oktober 9, 2023 18:53 MYT
Seramai 907 responden memberikan pandangan mereka sehingga jam 6 petang Isnin, dengan 76 peratus bersetuju harga barang perlu menjadi tumpuan dalam belanjawan kali ini. - Gambar fail
MENJELANG Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini, kami di Astro AWANI ingin mendapatkan pandangan anda menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia menerusi pelbagai soalan berkaitan kehendak serta keperluan rakyat Malaysia.
Hari ini Astro AWANI mengajukan soalan: Apakah aspek kos sara hidup yang perlu dijadikan tumpuan dalam Belanjawan 2024?
Daripada 907 responden yang memberikan pandangan mereka sehingga jam 6 petang Isnin, sebanyak 76 peratus bersetuju harga barang perlu menjadi tumpuan dalam belanjawan kali ini.
Antara barangan yang dinyatakan responden ialah gula, minyak, telur dan ayam.
Sejumlah 17 peratus responden pula bersetuju bantuan tunai perlu menjadi tumpuan kerajaan dalam pembentangan tahun ini.
Tujuh peratus responden pula bersetuju subsidi antara perkara yang perlu diberi perhatian.
Menjelang Belanjawan Madani 2024 pada 13 Oktober ini, kami akan ajukan soalan setiap hari dalam pungutan suara ini.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat? Tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kos QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
#SuaraMalaysia #Belanjawan MADANI 2024 #kaji selidik #Astro Awani
;