#SuaraMalaysia: 71 peratus rakyat fokus tadbir urus kerajaan
Astro Awani
Disember 10, 2022 20:56 MYT
Disember 10, 2022 20:56 MYT
KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai siapa akan dilantik sebagai timbalan menteri di bawah Kerajaan Perpaduan akhirnya terjawab selepas tujuh hari pengumuman barisan Jemaah Menteri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pada Jumaat telah mengumumkan 27 timbalan menteri, melengkapkan Kabinet kerajaan perpaduan.
Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI.
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Apa tumpuan anda pada Kerajaan sekarang?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Sabtu.
Daripada 938 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 71 peratus memfokuskan terhadap tadbir urus.
Sebanyak 25 peratus pula memilih cara kerja, manakala baki empat peratus memilih komunikasi.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.