#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023
Fareez Azman
Januari 27, 2023 20:03 MYT
Januari 27, 2023 20:03 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak 57 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia mahukan bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023 yang bakal dibentang pada 24 Feb ini.
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
Daripada 408 responden, sehingga jam 7.00 malam Jumaat, 25 peratus lagi menyatakan mahu subsidi diberi tumpuan.
Manakala 18 peratus responden mahu menyatakan cukai diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" Pasca PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis dan badan bukan kerajaan.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera setiap untuk mengakses soalan yang disediakan.