#SuaraMalaysia: 48 peratus pilih tidak pakai pelitup muka
Rahimah Abdullah
Januari 9, 2023 19:36 MYT
Januari 9, 2023 19:36 MYT
PADA permulaan pandemik COVID-19 lebih dua tahun lalu, pemakaian pelitup muka menjadi antara keutamaan negara dalam mengelak penularan jangkitan virus itu.
Namun, dalam peralihan ke endemik dan ditambah pula dengan kejayaan program vaksinasi COVID-19, penguatkuasaan pemakaian pelitup muka mula dilonggarkan, namun masih digalakkan ketika ini.
Dengan situasi semasa, pelbagai reaksi diberikan orang ramai terhadap isu berkenaan.
Hari ini kami meneruskan undian #SuaraMalaysia dengan bertanyakan pembaca Astro AWANI sama ada bersetuju atau sebaliknya agar pemakaian pelitup muka diwajibkan semula dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Sehingga pukul 6.57 petang tadi, sebanyak 48 peratus daripada 3,986 responden #SuaraMalaysia tidak bersetuju agar pemakaian pelitup muka diwajibkan semula di negara ini.
Sebanyak 46 peratus responden pula bersetuju agar pemakaian pelitup muka diteruskan manakala enam peratus lagi tidak kisah.
Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik ataranya merangkumi isu politik dan hal ehwal semasa buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu dan kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi di platform kami.
Kami juga menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.