#SuaraMalaysia: 47 peratus tidak setuju wanita jadi Perdana Menteri
Hilmi Malik
Mac 8, 2023 18:46 MYT
Mac 8, 2023 18:46 MYT
KUALA LUMPUR : Sebanyak 47 peratus responden menzahirkan rasa tidak setuju untuk menjadikan golongan wanita sebagai Perdana Menteri pada masa akan datang.
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Malaysia perlu PM wanita di masa depan?', tiga pilihan jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
Daripada keseluruhan 310 responden, sebanyak 44 peratus atau bersamaan 136 individu bersetuju untuk meletakkan wanita untuk meneraju negara.
Angka itu diperoleh berdasarkan kajian sejak tengah malam sehingga jam 6 petang Rabu.
Manakala 10 peratus responden menyatakan pendirian tidak pasti berhubung kaji selidik berkenaan.
Sempena Hari Wanita Sedunia, Astro AWANI juga menyediakan pelbagai platform bagi membahaskan isu kedudukan wanita di negara ini termasuk ruang dan peluang terhadap golongan berkenaan.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera setiap untuk mengakses soalan yang disediakan.