#SuaraMalaysia: 36 peratus mahu waktu kerja fleksibel diberi tumpuan untuk tingkat produktiviti
Astro Awani
Februari 19, 2023 19:00 MYT
Februari 19, 2023 19:00 MYT
SEBANYAK 36 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia mahukan waktu kerja fleksibel diberi tumpuan usaha membantu produktiviti pekerja.
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Bagaimana kerajaan bantu produktiviti pekerja?', tiga pilihan jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
Daripada 188 responden sejak tengah malam sehingga jam 6 petang Ahad, 34 peratus lagi menyatakan mahu kerajaan membantu meningkatkan produktiviti pekerja dengan memberikan pelepasan cukai.
Manakala 30 peratus responden menyatakan produktiviti pekerja boleh dibantu dengan meningkatkan kemahiran mereka.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" Pasca-PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis dan badan bukan kerajaan.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera setiap untuk mengakses soalan yang disediakan.