Suami Ziana Zain, Armin Zaharin bebas dengan jaminan

Astro Awani
Mac 8, 2018 17:20 MYT
Suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53 tahun, diiringi polis keluar dari Mahkamah Majistret Shah Alam selepas prosiding kesnya hari ini. - FotoBERNAMA
Suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, dilepas selepas dijamin, hari ini.
Armin, 53 tahun dijamin oleh adiknya selepas ditahan di Penjara Sungai Bulok sejak 6 Mac lalu.
Armin tidak dijamin selepas didakwa di mahkamah kelmarin atas kesalahan mencederakan anaknya pada 24 Februari lalu, lapor portal Berita Harian.
Memetik portal itu, Amrin sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan berdepan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan atas kesalahan itu yang dilakukan pada 24 Februari lalu.
Armin yang memakai baju kelabu dan berseluar jeans mengekalkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.
BACA: ''Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak' - Ziana Zain
BACA: 'Jangan buat andaian sekiranya tidak alami apa saya lalui,' luah Ziana Zain
Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam jam, pada 24 Februari lalu.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, bekas ketua pramugara itu yang diwakili peguam Muhammad Zufar Elias, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.
Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin yang ditawarkan sebelum ini iaitu RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 6 April depan sebagai tarikh serahan dokumen.
Di mahkamah sama kelmarin, Armin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 KK kerana mencederakan anak lelakinya berusia sembilan tahun itu.
Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dua dari seksaan berkenaan.
#Amrin Zaharin Ahmad Zambri #anak #Berita Harian #domestik #Madah Berhelah #Mahkamah Majistret #penderaan #penjara #Penjara Sungai Buloh #penyanyi #pramugara #Putus Terpaksa #Ziana Zain
;