Suami maut, isteri patah tangan motosikal berkuasa besar langgar lori

Aida Aziz
Jun 6, 2022 20:06 MYT
Kemalangan berlaku ketika motosikal berkenaan datang dari arah Teluk Intan menghala ke Kuala Gula. - Gambar/ Ihsan pembaca
KERIAN: Seorang lelaki maut manakala isterinya patah tangan apabila motosikal berkuasa besar yang dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar bahagian tepi sebuah lori di Kilometer 16 Jalan Gula dekat pintu masuk Kampung Lian Seng, di sini, pada Isnin.
S Muraly, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala M Lechmy, 53, dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan.
Bagaimanapun pemandu lori berusia 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, insiden itu berlaku pada jam 10.30 pagi tadi.
Katanya siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika motosikal berkenaan datang dari arah Teluk Intan menghala ke Kuala Gula.
"Apabila sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai telah gagal mengawal motosikal lalu melanggar bahagian tepi sebelah kanan lori.
"Ketika kejadian lori berada di hadapannya sedang membelok ke simpang di sebelah kanan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Mazuki berkata kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
#kemalangan maut #motosikal berkuasa besar #kerian #langgar lori
;