Suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga

Abd Razak Mohd Ali
Julai 7, 2022 04:08 MYT
Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh, pada pagi Khamis. -Astro AWANI/Abd Razak Ali
IPOH: Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh, pada pagi Khamis.
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia antara 59 dan 64 tahun itu ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.
Polis kini berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
Turut berada di lokasi ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.
#suami isteri ditemui mati #dibunuh ahli keluarga #Taman Bercham Aman #mayat di ruang tamu rumah