KOTA BHARU:Sepasang suami isteri ditahan selain selaras senapang jenis AK-47 bersama 142 butir peluru dirampas polis Kelantan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bahagia, Kuala Krai, di sini pada Ahad lepas.
Sejata api AK-47 itu dipercayai digunakan oleh suspek lelaki yang juga seorang petani untuk menembak gajah yang merosakkan kebunnya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Operasi Khas (D8) dan Siasatan Khas (D9) itu, daripada 142 butir peluru hidup yang dirampas 126 merupakan jenis bore dan 16 butir peluru 5.56 mm.
Menurut beliau, berdasarkan soal siasat yang dijalankan, suspek yang berusia 50 tahun itu memberitahu senjata terbabit diperoleh daripada seorang rakannya pada lima tahun lalu selepas mengadu mengenai gajah yang sering merosakkan kebun buah-buahan seluas enam hektar miliknya.
Dalam tempoh tersebut juga, suspek kata beliau, mengaku sudah menembak dua ekor gajah.
"Kedua-dua individu yang ditahan adalah penduduk tempatan di situ. Siasatan awal suspek mengaku memiliki senjata api itu sejak lima tahun lepas yang diberikan oleh seorang lelaki berasal dari Tanah Merah.
"Polis juga akan menyiasat lebih lanjut termasuklah mengesan lelaki Cina dikenali sebagai 'Su' yang memberikan senjata itu serta membekalkan peluru dengan harga RM15 sebutir.
"Siasatan awal juga mendapati, kali terakhir suspek menggunakan senjata AK-47 itu dua tahun lalu dan sudah berhenti menggunakannya sejak tiada lagi ancaman gajah liar di kebunnya," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Shafien berkata, selain isteri suspek yang berusia 50 tahun, polis juga sedang mengesan rakan suspek yang memberikan senjata itu kepadanya.
Pasangan suami isteri itu, katanya, ditahan reman bermula kelmarin hingga 19 Disember ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan sebat tidak kurang daripada enam kali.
Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 8 (A) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api dan peluru dengan menyalahi undang-undang dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
Muhafandi Muhamad
Tue Dec 15 2020
Sejata api AK-47 dipercayai digunakan oleh suspek lelaki yang juga seorang petani untuk menembak gajah yang merosakkan kebunnya. - Gambar hiasan
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Polis sedang siasat penemuan tiga laras senjata AK-47 di Kelantan - Fuzi
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohammad Fuzi Harun menjelaskan siasatan sedang dijalankan berkaitan penemuan senjata AK-47 oleh pihak ATM di Jeli, Kelantan.