Suami isteri diberkas dipercayai dera kanak-kanak hingga maut

Sinar Harian
Januari 26, 2024 12:18 MYT
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (gambar) mengesahkan kejadian dan penahanan kedua-dua suspek berumur lingkungan 20-an itu. - Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA: Pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan dekat sini pada Khamis.
Kedua-dua suspek itu juga merupakan ibu dan bapa saudara kepada mangsa berumur setahun enam bulan yang sebelum itu dibawa ke Hospital Shah Alam selepas didapati tidak sedarkan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan penahanan kedua-dua suspek berumur lingkungan 20-an itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#suami isteri ditahan #dera kanak-kanak #kanak-kanak maut #Polis Selangor
;