Suami isteri cari remis, jumpa penyu dalam pukat

Sharom Abu Bakar
Mac 13, 2018 06:26 MYT
Penyu malang ini mengalami kecederaan parah pada kaki kanan belakang yang hampir putus di sebelah kiri.- Foto Astro AWANI
Seekor penyu agar betina ditemui terdampar lemah di Pantai Merchang, Marang selepas terperangkap di dalam pukat.
Penyu seberat 6.4 kilogram itu dijumpai pasangan suami isteri ketika sedang mencari remis kira-kira jam 1 tengahari Isnin.
Ketua Cawangan Mamalia Marin dan Spesis Marin Terancam (FRI) Rantau Abang, Dungun, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata penyu tersebut juga telah dihanyutkan ombak besar setinggi 2.0 meter selepas terperangkap.
"Hasil siasatan awal mendapati penyu tersebut mengalami kecederaan parah pada kaki renang belakang yang hampir putus di sebelah kiri dan sebelah kanan juga luka , tepi karapas sedikit pecah, badan sangat kurus, lemah dan kelaparan. .Bila kita buat ujian tadi, tidak normal kerana terdapat gelembung udara dalam badann dan penyu tersebut tidak boleh tenggelam dalam air" ujar Tamimi.
Penyu itu dianggarkan terperangkap hampir dua minggu mengikut kecederaan luka yang dialaminya.
Haiwan tersebut kini dikuarantin di Hospital Penyu FRI Rantau Abang, menjalani rawatan dan pemuliharaan dengan menggunakan herba.
Mohd Tamimi menjangkakan penyu tersebut memakan masa tiga bulan untuk sembuh.
#Hospital Penyu FRI #kecederaan #Marang #penyu #pukat #suami isteri #terperangkap
;