Suami didakwa pukul isteri dengan batang paip PVC
Astro Awani
Januari 14, 2019 18:45 MYT
Januari 14, 2019 18:45 MYT
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memukul isterinya dengan batang paip PVC.
Mengikut pertuduhan tertuduh Mustaffa Ali, 37 tahun, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan sebatang paip PVC terhadap isterinya, Wan Hamidah Wan Ahmad, 31.
Kesalahan itu di lakukan di sebuah rumah di Kampung Belukar Sukai, Kuala Terengganu, kira-kira jam 4.30 pagi, pada 6 Januari lalu.
Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326(A) Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah di hadapan hakim Wan Azimah Yaacob.
Mahkamah menetapkan 11 Febuari depan sebagai sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.
#batang paip
#Kampung Belukar Sukai
#Kanun Keseksaan
#Kuala Terengganu
#Mustaffa Ali
#pukul isteri
#pvc
#Wan Hamidah Wan Ahmad