Struktur rasuk konkrit Lebuhraya SUKE terjatuh, 2 pekerja cedera

Astro Awani
Mac 8, 2019 08:43 MYT
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu bagaimanapun terkawal tanpa sebarang kerosakan dan kecederaan kepada orang awam.
Dua pekerja pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dekat persimpangan Taman Kosas, Jalan Ampang, cedera selepas struktur rasuk konkrit terjatuh.
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu bagaimanapun terkawal tanpa sebarang kerosakan dan kecederaan kepada orang awam.
Pemaju Lebuhraya SUKE, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata kerja pembinaan di lokasi dihentikan serta-merta sejurus kejadian.
Dua pekerja binaan yang cedera kini dirawat hospital.
Keadaan di lokasi terkawal dan tiada berlaku kesesakan lalu lintas pagi tadi.
Bagaimanapun kerja pembinaan dihentikan serta-merta dan siasatan terperinci kejadian sedang dijalankan.
#Lebuhraya SUKE #Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang #persimpangan Taman Kosas #Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang #suke