Struktur bumbung runtuh hempap kereta

Sinar Harian
Ogos 15, 2023 06:30 MYT
Kejadian tersebut sebelum itu dirakam penduduk berhampiran sebelum memuat naik kejadian di Facebook kira-kira jam 10 malam.
KUALA LUMPUR: Beberapa kenderaan dilaporkan rosak teruk dipercayai dihempap sebahagian struktur bumbung bangunan Taman Usahawan Kuchai menempatkan pejabat dan kedai di Kuchai Lama, Seputeh dalam kejadian pada Selasa.
Difahamkan, bangunan tersebut turut menempatkan Pusat Khidmat DAP Seputeh.
Difahamkan beberapa kenderaan tersebut rosak dipercayai terkena serpihan struktur bumbung yang terjatuh.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi kenyataan ringkas memaklumkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
"Setakat ini kejadian tidak melibatkan mangsa, sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian," katanya.
Kejadian tersebut sebelum itu dirakam penduduk berhampiran sebelum memuat naik kejadian di Facebook kira-kira jam 10 malam. - Sinar Harian
#dihempap #struktur bumbung #kenderaan rosak #JBPM
;