Struktur bangunan dalam pembinaan runtuh, empat cedera

Israr Khalid
Disember 30, 2015 23:44 MYT
Keadaan struktur bangunan dan besi perancah yang runtuh di sebuah tapak pembinaan di Hulu Kelang jam 10 malam Rabu. - Foto sumber Bomba & Penyelamat
Satu runtuhan berlaku di tingkat dua sebuah bangunan dalam pembinaan di Taman Melawati, Hulu Kelang pada Rabu malam.
Pihak bomba menerima panggilan pada jam 10.08 malam dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Menurut Komander Operasi, PBK 2 Pusparajan, mangsa terlibat adalah 25 orang dengan kesemuanya pekerja warga asing dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.
Tiga mangsa yang tercedera dihantar ke Hospital Ampang, seorang ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan 18 yang selamat berada di pos kawalan.
Sementara itu, baki tiga mangsa masih belum ditemui dan unit K9 sedang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sebahagian daripada pekerja asing yang terselamat daripada insiden runtuhan struktur bangunan di Hulu Kelang. - Foto sumber Bomba & Penyelamat
#melawati mall #perancah #runtuh
;