Pihak bomba menerima panggilan pada jam 10.08 malam dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Menurut Komander Operasi, PBK 2 Pusparajan, mangsa terlibat adalah 25 orang dengan kesemuanya pekerja warga asing dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.
Tiga mangsa yang tercedera dihantar ke Hospital Ampang, seorang ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan 18 yang selamat berada di pos kawalan.
Sementara itu, baki tiga mangsa masih belum ditemui dan unit K9 sedang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sebahagian daripada pekerja asing yang terselamat daripada insiden runtuhan struktur bangunan di Hulu Kelang. - Foto sumber Bomba & Penyelamat