Stor simpanan di Istana Negeri terbakar

Sinar Harian
Disember 21, 2023 12:20 MYT
Stor simpanan peralatan pembersihan dan pengurusan di Istana Negeri di Kubang Kerian terbakar pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Sebuah stor simpanan peralatan pembersihan dan pengurusan di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini terbakar pada Khamis.
Kejadian itu menyebabkan 90 peratus stor tersebut terbakar.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 pagi.
"Seramai 39 anggota termasuk pegawai, pasukan bomba bantuan telah dikejarkan ke lokasi.
"Setiba di lokasi, kita mendapati stor tersebut telah terbakar," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Ujarnya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 9.27 pagi. - Sinar Harian
#Istana Negeri Kelantan #kebakaran #Kubang Kerian #punca kebakaran
;