Stor peralatan punca kebakaran One Utama

Azyyati Ahmad
Februari 24, 2013 15:02 MYT
Berita pusat beli-belah terkemuka One Utama bergelap dan terbakar telah menjadi hangat di Twitter dan banyak gambar mengenainya dimuatnaik oleh warga Twitter yang berada di sana.
Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan 2, Shamshul Anuar Antang ketika dihubungi wartawan Astro Awani telah mengesahkan mengenai kejadian yang berlaku.
“Punca kebakaran berlaku di stor penyimpanan peralatan, di tingkat tujuh bahagian bumbung, New Wing” katanya kepada pemberita.
Menurut Shamshul, kebakaran kecil itu menyebabkan pusat membeli-belah tersebut bergelap seketika.
Menurut pihak bomba lagi, laporan telah diterima dari pihak One Utama kira-kira pukul 9 malam dan kebakaran berjaya dipadamkan setengah jam kemudian.
Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih belum dapat ditaksirkan.
#bomba #One Utama terbakar #putus bekalan elektrik #trending #Twitter