'Steady Abang Mat!' - netizen tergamam Mat Sabu baca khutbah solat Jumaat bertulisan jawi
Gempak
Jun 30, 2018 13:55 MYT
Jun 30, 2018 13:55 MYT
"JARANG-jarang menteri berkhutbah," itu antara komen yang ditulis netizen di media sosial gara-gara tular foto Menteri Pertahanan, Mat Sabu menyampaikan khutbah solat Jumaat semalam.
Lebih mengujakan, teks khutbah yang disampaikan Mat Sabu itu bertulisan jawi!
"Teks jawi. Steady Abang Mat," tulis salah seorang pengguna di Twitter.
Teks jawi. Steady abg mat..
— SN Othman (@sweastick) June 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hebat abg Mad, tek khutbah jawi tu..
— kamarozaman (@KamarozamanLa) June 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Alhamdulillah. Jarang-jarang sangat seorang menteri memberi khutbah Jumaat. Satu petanda yang baik. Terima kasih YB," puji pengguna lainnya.
"Biasanya jika Abang Mat bercakap ramai orang gelak. Ini khutbah Jumaat yang pasti ramai tak tidur," tambah pengguna lain pula.
Semalam, Mat Sabu berkongsi beberapa keping foto beliau sedang membaca khutbah di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai di Ipoh, Perak.
Saya telah menyampaikan Khutbah Jumaat dengan harapan apa yang telah saya sampaikan memberi kebaikan kepada semua. Amin pic.twitter.com/MRpVMHCUOS
— Mohamad Sabu (@MSabu_Official) June 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khutbah Jumaat itu mengajak umat Islam untuk berani mengaku kesilapan dan membuat pembetulan agar menjadi umat yang lebih mulia.
Hadir sama menunaikan solat Jumaat, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan solat itu diimamkan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
#Jumaat
#khutbah
#Mat Sabu
#media sosial
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Sabu
#netizen
#tulisan jawi
#Twitter