Status kehamilan Neelofa akhirnya terjawab

Sinar Harian
Disember 1, 2021 14:07 MYT
SEREMBAN: Tanda tanya mengenai status kehamilan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa akhirnya terjawab apabila peguam bela mewakilinya bagi pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengesahkannya di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada Rabu.
Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dipercayai tidak sengaja memberitahu pemberita berhubung perkara itu ketika mahu menjelaskan keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan pertuduhan disabitkan terhadap Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris atau PU Riz.
Muhammad Shafee berkata, dengan keadaan Neelofa yang sedang mengandung tidak sesuai untuk kes itu terus dijalankan kerana ia akan mengambil masa panjang.
"Dengan keadaan Neelofa yang sedang hamil, tidak sesuai untuk kita menjalankan kes ini dan sebaiknya kita ambil jalan paling mudah," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada Rabu.
#Neelofa Mohd Noor #PU Riz #langgar sop pkp #mahkamah
;