Status kahwin: Takiyuddin masih berteka-teki

Umavathi Ramayah
Oktober 16, 2022 18:27 MYT
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan masih berteka-teki mengenai status perkahwinannya dengan seorang ahli politik dari Selangor. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan masih berteka-teki mengenai status perkahwinannya dengan seorang ahli politik dari Selangor.
"My wife is a voter in Malaysia, so she's considered as a politician, a voter is a politician (isteri saya seorang pengundi di Malaysia, jadi dia dianggap sebagai ahli politik, seorang pengundi adalah seorang ahli politik),"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pendakian 121 Puncak sempena sambutan ulang tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di sini, pada Ahad.
Takiyuddin berkata demikian sebagai mengulas khabar angin beliau mengahwini seorang ahli politik popular baru-baru ini.
Selain Takiyuddin yang tidak memberi sebarang pengesahan, ahli politik wanita itu yang namanya dikaitkan turut mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang tular di media sosial.
#Takiyuddin Hassan #status perkahwinan #khabar angin berkahwin #ahli politik
;