Status gelombang haba: Enam kawasan berada pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia

Astro Awani
Mac 10, 2021 17:15 MYT
Enam kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) bagi perkembangan status gelombang haba dalam negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Enam kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) dalam perkembangan status gelombang haba dalam negara.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, enam kawasan itu melibatkan Baling, Kuala Muda, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak.
"Terdapat enam kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Baling, Kuala Muda, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang & Hilir Perak," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Manakala, semua kawasan di Sabah dan Sarawak masih dalam pemantauan.

Status Gelombang Haba | 10 Mac 2021 Terdapat 6 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Baling, Kuala Muda, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang & Hilir Perak. Semua kawasan di Sabah & Sarawak dalam pemantauan. #metmalaysia#KASA pic.twitter.com/KxXybkuyWA

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tahap 1 (Berjaga-jaga) merekodkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Tahap 2 (Gelombang Haba) merekodkan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Tahap 3 (Kecemasan) merekodkan suhu maksimum harian melebihi 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
#gelombang haba #Malaysia #Semenanjung #cuaca panas #met malaysia #Baling #kuala muda #Kuala Kangsar #Kinta #Batang Padang #Hilir Perak
;