Stadium Selayang ditutup sementara bagi naik taraf lampu limpah

Sinar Harian
Julai 2, 2022 09:30 MYT
Stadium MPS di Bandar Baru Selayang ditutup operasi bagi kerja naik taraf lampu limpah. -Foto Sinar Harian
SELAYANG: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menutup sementara operasi Stadium MPS di Bandar Baru Selayang di sini bagi kerja naik taraf lampu limpah.
Pengarah Jabatan Korporat, Mohamad Zin Masoad berkata, penutupan dalam tempoh lima bulan bermula 1 Julai hingga 7 Disember depan.
Menurutnya, tiada sebarang aktiviti atau program dibenarkan sepanjang tempoh itu.
"MPS memohon maaf atas sebarang kesulitan berikutan penutupan ini.
"Orang ramai boleh menghubungi Unit Kemudahan Awam, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS di talian 03-6120 1153 untuk pertanyaan lanjut atau merujuk platform media sosial dan juga laman web MPS di www.mps.gov.my untuk sebarang pengumuman terkini, " katanya menerusi kenyataan pada Jumaat. -Sinar Harian
#Majlis Perbandaran Selayang #Mohamad Zin Masoad #tutup sementara operasi stadium #naik taraf lampu limpah
;