SST akan diperkenalkan semula - Kementerian Kewangan

Astro Awani
Mei 17, 2018 10:53 MYT
SST akan diperkenalkan semula sebagai sebahagian daripada program pembaharuan fiskal yang sedang dalam pelaksanaan.
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diperkenalkan semula sebagai sebahagian daripada program pembaharuan fiskal yang sedang dalam pelaksanaan.
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, pengurangan perbelanjaan akan dimulakan dengan langkah rasionalisasi dan efisiensi serta mengurangkan ketirisan.
Selain itu, kementerian itu turun memaklumkan, harga minyak mentah dunia telah meningkat ketara berbanding anggaran Bajet 2018 iaitu 52 dolar setong.
Ini akan menyediakan ruang fiskal dalam tempoh terdekat.
Selain itu, tanggungjawab fiskal, ketelusan dan tadbir urus juga akan diberi keutamaan dalam program pelaksanaan program pembaharuan fiskal itu.
#Cukai Jualan dan Perkhidmatan #Kementerian Kewangan #MOF #program pembaharuan fiskal #SST
;