Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyumbangkan dua buah mesin hemodialisis bernilai RM80,000 kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam usaha membantu melicinkan proses rawatan penyakit buah pinggang.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong berkata, Perak merupakan negeri pertama yang menerima sumbangan empat buah mesin daripada SSM yang bernilai RM160,000 sejak 20 April lepas.
Menurut beliau, sebelum ini pihaknya juga telah menyalurkan dua buah mesin hemodialisis kepada Hospital Selama bagi memenuhi keperluan pesakit buah pinggang yang kerap memerlukan rawatan berterusan selain memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.
“Kerjasama ini juga merupakan salah satu Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di mana kita berharap mesin ini dapat membantu pesakit buah pinggang yang memerlukannya.
“Bayangkan, dalam masa seminggu, seorang pesakit buah pinggang secara minima perlu melakukan tiga kali rawatan selama empat jam berturut-turut, justeru mesin ini sememangnya amat diperlukan buat mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditemui selepas menyampaikan dua unit mesin haemodialisis tersebut kepada Pengarah HRPB Dr Premavathy Balakrishnan dan sesi lawatan sekitar Unit Forensik HRPB, pada pagi Selasa.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner berkata, pihaknya menyumbang kesemua empat mesin itu berikutan faktor kakitangan hospital yang mencukupi di samping bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang.
Katanya, selain daripada unit mesin rawatan buah pinggang itu pihaknya juga menyumbangkan satu unit mesin dialiser dan satu unit mesin reverse osmosis kepada kedua-dua hospital berkenaan.
“Kita melaksanakan sumbangan ini kerana kita melihat kepada Triple Bottom Line di dalam sesebuah organisasi, iaitu dari segi kewangan, persekitaran dan sosial. Dan untuk program CSR ini, kita menyentuh kepada aspek sosial,” ujarnya.
Menurut Zahrah, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan hospital lain di seluruh negara untuk mengetahui sama ada terdapat keperluan bagi sebarang jenis mesin rawatan harian yang boleh dibantu pada masa akan datang.
Nazialita Geynna Maharan
Tue Apr 25 2017

Datuk Henry Sum Agong bertanya khabar kepada seorang pesakit pada majlis sumbangan mesin hemodialisis kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, hari ini. Astro AWANI

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Sarawak komited dalam membangunkan fasiliti rawatan hemodialisis
Kemudahan-kemudahan itu adalah bagi membantu pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan secara menyeluruh.