SPRM tubuh pasukan khas tuntut aset 1MDB bernilai RM20 bilion

Afiezy Azaman
Jun 21, 2019 11:44 MYT
AZAM: Jumlah keseluruhan aset luar negara bernilai hampir AS$5 bilion (RM20,746,000,000) yang melibatkan aset-aset seperti hartanah dan pertukaran wang asing. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuh satu pasukan khas bagi menyiasat semua aset-aset luar negara yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, setakat ini SPRM masih lagi dalam proses perbincangan dan pasukan khas itu akan diketuai Pusat Governans Integiriti dan Anti Rasuah Nasional (GICC).
“Jumlah keseluruhan aset luar negara bernilai hampir AS$5 bilion (RM20,746,000,000) yang melibatkan aset-aset seperti hartanah dan pertukaran wang asing.
"Antara negara yang telah dikenal pasti termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom dan Hong Kong," katanya selepas sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pada Jumaat.
BACA: UMNO paling banyak terima dana 1MDB - KP SPRM
Mengulas lanjut Azam berkata, menerusi penyiasatan itu juga dijangka ada lebih banyak negara yang akan dikenal pasti yang dapat dikaitkan dengan 1MDB.
“Kita harap pasukan khas nanti akan dapat menyiasat semua pendakwaan yang berkaitan 1MDB, " jelas beliau.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Amerika Syarikat #Azam Baki #Ibu Pejabat SPRM #sidang media khas #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #United Kingdom
;