SPRM: Tiada lagi pakai baju lokap oren, gari hanya jika perlu

Bernama
Julai 9, 2019 10:52 MYT
Amalan ia adalah sejajar dengan anggapan tidak bersalah serta Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail/Foto BERNAMA
Amalan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek untuk dibawa ke mahkamah dihentikan, umum Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya hari ini.
Beliau berkata ia adalah sejajar dengan anggapan tidak bersalah serta Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan.
Mengenai gari tangan, Latheefa dalam satu kenyataan berkata ia hanya digunakan apabila perlu misalnya jika terdapat risiko terlepas lari atau berkelakuan agresif.
"Walaubagaimanapun, penggunaan gari adalah tidak dibenarkan di dalam ruang bilik mahkamah," katanya.
Latheefa menegaskan SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah dan dalam berbuat demikian, pihaknya pada setiap masa akan mendukung kedaulatan undang-undang.
-- BERNAMA
#baju lokap oren #Latheefa Koya #lokap #mahkamah #Malaysia #Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #Rasuah #SPRM #suspek #undang-undang