SPRM terima laporan Najib terhadap Tim Leissner berhubung isu 1MDB

Bernama
Oktober 27, 2021 22:30 MYT
Najib hari ini membuat laporan di ibu pejabat SPRM di sini agar pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyoal dan mengekstradisi Leissner berkaitan isu 1MDB. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima laporan daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas pengurus kanan Goldman Sachs Tim Leissner berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya akan mengkaji dan meneliti laporan itu meliputi semua aspek sebelum sebarang tindakan lanjut dijalankan.
1MDB | Dedah pegawai 1MDB, pegawai kanan yang disogok
BACA: Kerajaan perlu esktradisi Tim Leissner, dedahkan senarai pegawai 1MDB dan kerajaan yang disogok - Najib
Najib hari ini membuat laporan di ibu pejabat SPRM di sini agar pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyoal dan mengekstradisi Leissner berkaitan isu 1MDB.
-- BERNAMA
#Najib Razak #1MDB #SPRM #Tim Leissner
;