SPRM tahan tiga lelaki bantu siasatan berkaitan tuntutan palsu

Bernama
Jun 14, 2022 06:15 MYT
SPRM Selangor pada Selasa menahan tiga lelaki termasuk seorang penjawat awam bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu yang dilakukan sekitar tahun lepas. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Selasa menahan tiga lelaki termasuk seorang penjawat awam bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu yang dilakukan sekitar tahun lepas.
Kesemua lelaki berusia 22 hingga 37 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor petang semalam.
Menurut sumber, mereka disyaki terlibat dalam urusan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu berkaitan tuntutan insurans kemalangan kereta atas seorang penama sedangkan tiada tuntutan insurans dibuat oleh penama tersebut.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu untuk permohonan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
#SPRM #Alias Salim #tuntutan palsu #permohonan reman
;