SPRM tahan pengurus ladang disyaki guna duit tabung pekerja

Radhi Muslim
Mac 2, 2021 11:00 MYT
Menurut sumber, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan hari ini.
SANDAKAN: Dipercayai terlibat salah guna wang tabung pekerja ladang sebanyak RM20,000, seorang pengurus ladang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sandakan, pada Isnin.
Suspek lelaki berusia 39 tahun berkenaan ditahan kira-kira jam 9 pagi di pejabat SPRM Sandakan.
Menurut sumber, wang tersebut didakwa dikeluarkan oleh suspek menerusi enam keping cek sebuah bank pada tahun 2018.
Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan suspek disiasat di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.
“Suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
“Namun, lelaki itu akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada Selasa,” katanya.
#pengurus ladang #Pekerja #tabung #salah guna #SPRM #Sandakan #S Karunanithy #pecah amanah
;