SPRM tahan Isa Samad bantu siasatan pembelian hotel oleh FIC

Hakim Rahman
Ogos 15, 2017 08:39 MYT
Isa ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya pada 2.40 petang tadi. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures, Tan Sri Mohd Isa Samad bagi membantu siasatan berhubung pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corp Sdn Bhd (FIC).
Beliau ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya pada 2.40 petang tadi.
"Kami yakin mempunyai asas kukuh membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tesebut," menurut Pengarah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan hari ini.

[TERKINI] SPRM tahan bekas Pengerusi FVG Tan Sri Mohd Isa Samad bagi membantu siasatan berhubung pembelian dua buah hotel oleh FIC @501Awani

— Hakim Rahman AWANI (@HakimAstroAWANI) August 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Beliau ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya pada 2.40 petang tadi

— Hakim Rahman AWANI (@HakimAstroAWANI) August 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Kami yakin mempunyai asas kukuh membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tesebut " - Datuk Azam Baki

— Hakim Rahman AWANI (@HakimAstroAWANI) August 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan ity turut menyebut penahanan tersebut merupakan tindakan susulan hasil daripada keterangan-keterangan yang telah dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel tersebut sebelum ini.
"Justeru itu, SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut," tambahnya.
#Azam Baki #Felda #FGV #Malaysia #Putrajaya #Rasuah #siasatan #SPRM