SPRM tahan exco Pulau Pinang
Astro Awani
Ogos 11, 2017 18:11 MYT
Ogos 11, 2017 18:11 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan exco kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh petang ini bagi membantu siasatan kes kilang haram memproses penapis karbon di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
Awal petang tadi, SPRM menyerbu pejabat Boon Poh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu mewakili DAP.
Boon Poh diberi tanggungjawab mengetuai portfolio Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar dalam kerajaan Pulau Pinang.