SPRM tahan Datuk bekas CEO dan isteri bantu siasatan kes rasuah, pecah amanah RM140 juta

Fareez Azman
November 23, 2020 15:04 MYT
Pasangan berusia 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pecah amanah berjumlah RM140 juta.
PUTRAJAYA: Seorang Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berpangkat Datuk dan isterinya yang juga seorang Pengarah Syarikat yang disenarai dalam Bursa Malaysia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.
Pasangan berusia 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira jam 9.40 pagi ketika memberi keterangan.
Penahanan dilakukan bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM8 juta dan pertuduhan pecah amanah bernilai kira-kira RM132 juta sejak tahun 2013 hingga 2017.
Kedua-duanya akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah Shah Alam esok (Selasa) bagi menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan seksyen 409 Kanun Keseksaan.
#bekas CEO #isteri #Rasuah #pecah amanah #SPRM
;