SPRM siasat aduan pemilikan meragukan wang tunai bekas menteri

Hasimi Muhamad
Mac 31, 2020 13:20 MYT
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan telah menerima aduan berhubung perkara itu dan siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka satu kertas siasatan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan telah menerima aduan berhubung perkara itu.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri seperti dilaporkan oleh media semalam.
"Berdasarkan aduan itu, Suruhanjaya ini telah membuka satu Kertas Siasatan bagi menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut di bawah Akta SPRM 2009," menurut kenyataan itu.
#bekas Menteri Belia dan Sukan #Muar #Pakatan Harapan #Petaling Jaya #PPBM #Rasuah #SPRM #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
;