SPRM serah kertas siasatan RM2.6 bilion, SRC International kepada Peguam Negara

Hilal Azmi
Disember 31, 2015 18:41 MYT
MOHD SHUKRI: Lebih 100 saksi diambil keterangan terutamanya berhubung kes SRC International.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan dua kertas siasatan berkaitan kes RM2.6 bilion dan SRC International telah dikemukakan kepada Peguam Negara hari ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya berpuas hati dengan keterangan yang diperoleh biarpun banyak cabaran dan halangan yang dihadapi.
Beliau berkata, lebih 100 saksi diambil keterangan terutamanya berhubung kes SRC International.
"Bagi kes RM2.6 bilion, siasatan membabitkan saksi dalam negara telah selesai sepenuhnya dan keterangan pihak yang mendakwa sebagai penderma turut diperoleh," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
SPRM turut mengemukakan beberapa syor dengan harapan Peguam Negara selaku Pendakwa Raya untuk membuat keputusan secara profesional.
#kertas siasatan #Peguam Negara #RM2.6 bilion #SPRM #SRC International
;