SPRM sahkan beku aset babitkan wang dan rumah Rohana Rozhan di London

Astro Awani
Mac 1, 2022 14:02 MYT
Menurut Azam, tindakan pembekuan aset atau wang telah dibuat. Tindakan selanjutnya akan terus disiasat dan kembalikan wang kepada negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membekukan aset melibatkan wang dan rumah Datuk Rohana Rozhan di London berjumlah kira-kira USD10 juta dolar susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, tindakan diambil di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).
"Tindakan pembekuan aset atau wang telah dibuat. Tindakan selanjutnya kami akan terus siasat dan kembalikan wang kepada negara.
"Jumlah yang kami cari ialah kira-kira USD10 juta dan kami melakukan pembekuan dalam jumlah itu terhadap wang dan aset.
"Aset itu berkaitan dengan rumah di London dan wang terlibat," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya pada Selasa.
BACA: SPRM beku aset Rohana Rozhan selepas dakwaan ugutan babit 1MDB
1MDB | SPRM beku wang, rumah Rohana Rozhan di London
Sementara itu, Azam tidak menolak kemungkinan Rohana akan dipanggil semula sekiranya perlu.
Dalam masa sama, SPRM juga akan turut mengambil keterangan individu lain yang berkaitan.
[TERKINI] 1MDB | SPRM rekod keterangan Rohana Rozhan
"Kes ini kita akan panggil juga individu lain, tetapi buat masa ini saya tidak boleh dedahkan nama individu terlibat dan juga perkara lain akan melibatkan kerjasama pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan beberapa lagi keterangan pihak AS,"jelasnya lagi.
BACA: 1MDB: SPRM rekod keterangan Rohana Rozhan sekali lagi
#Rohana Rozhan #1MDB #Tim Leissner #AMLA 2001
;