SPRM Sabah tahan dua anggota polis terima rasuah RM3,000
Bernama
Mei 13, 2020 04:59 MYT
Mei 13, 2020 04:59 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua anggota polis berpangkat koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau yang disyaki menerima rasuah, malam tadi.
Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy dalam satu kenyataan berkata kedua-dua anggota polis masing-masing berumur 37 dan 44 tahun itu disyaki menerima wang rasuah RM3,000 daripada seorang pengadu supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya selepas penemuan peralatan menghisap syabu di dalam rumah individu berkenaan.
Kedua-dua anggota polis berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di mahkamah Keningau hari ini.
-- BERNAMA
#Akta SPRM
#Karunanithy
#mahkamah Keningau
#polis berpangkat koperal
#Polis Daerah Keningau
#Seksyen 17 a
#SPRM