KUALA LUMPUR : Kontroversi melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak boleh dianggap remeh kerana melibatkan keseluruhan sistem dalam negara ini.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu rasuah bagaikan sudah sistemik sehingga menjalar ke setiap rangkaian.
"Ini isu besar, bukan isu Tan Sri Azam Baki seorang, ia melibatkan seluruh sistem dalam negara kita.
"Bila kita katakan rasuah itu diizinkan dan ada toleransi terhadap rasuah, maknanya seluruh sistem itu terkesan.
"Kita beri contoh dahulu, 1MDB itu tidak mungkin berlaku ke tahap ini tanpa penglibatan institusi dan tokoh-tokoh... SPRM, Peguam Negara dan penguat kuasa.
"Ini termasuk siasatan polis, Bank Negara Malaysia dan para elit serta sebahagian profesor yang menjadi perkakas mendukung pelanggaran peraturan dan rasuah sebegini rupa.
"Ini yang saya simpulkan, apabila ada rasuah skala besar, ia tidak mungkin berlaku kalau tidak diizinkan oleh sistem, dari Perdana Menterinya, Menteri Kewangannya, SPRM, Jabatan Peguam Negara, polis, badan kehakiman, sarjana dan elit... seluruhnya itu terlibat," tegas beliau.
SEMUA BERKAITAN ISU AZAM BAKI DI SINI
Ujar beliau lagi, sekiranya isu-isu rasuah ini tidak ditangani dengan siasatan yang telus, maka rakyat akan terus menjadi mangsa.
"Kita jangan pandang ringan, negara ini mendapat imej yang begitu buruk.
"Sebab itu saya tidak hairan, kita jerit, kita tuntut, kita sanggah mengapa tidak ada siasatan telus terhadap beberapa laporan sejak awal, puluhan tahun yang lalu.
"Global Financial Integrity (GFI) menyebut pemimpin-pemimpin dulu dan sekarang jadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan, jadi Ketua Menteri, kerjanya memunggah kekayaan untuk peribadi simpan di luar negara, siasatan tidak ada," tambah beliau lagi.
Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa, SPRM bagaikan tidak berfungsi ketika beliau mengetengahkan pelbagai isu berhubung rasuah seperti isu Pandora Papers dan Spanco di Parlimen
"Diluahkan oleh Ketua Pembangkang tetapi tidak mempunyai kesan, apa harapan?
"Saya tidak menjatuhkan hukum, saya kata ada ruang, ada kes untuk dibuka kertas siasatan tapi diberi perlindungan.
"Maknanya sistem politik itu sebenarnya mempunyai talian dan hubung kait dengan kebobrokan rasuah yang berlaku," katanya.
Justeru, beliau menyeru agar SPRM bersifat berwibawa, mempunyai integriti dan menyiasat kes berhubung rasuah tanpa pilih kasih.
Beliau berkata demikian dalam Bicara Anwar Ibrahim yang dikongsikan menerusi platform media sosial, hari ini.
Antara isu berkaitan yang disentuhnya dalam sesi tersebut termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Pandora Papers, Pengurusan Digital Nasional Berhad (DNB) serta isu Spanco.
Nickyson Nyambar
Tue Jan 11 2022

Anwar menyeru agar SPRM bersifat berwibawa, mempunyai integriti dan menyiasat kes berhubung rasuah tanpa pilih kasih. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Isu Azam Baki: Maria Chin, Fahmi hadir beri keterangan
Maria Chin Abdullah dilihat tiba pada jam 9.21 pagi dan disusuli Fahmi Fadzil pada jam 9.41 pagi.

Isu Azam Baki: Beberapa ahli Parlimen pembangkang, aktivis politik dipanggil polis
Empat ahli parlimen pembangkang dipanggil polis berhubung isu melibatkan pemilikan saham Tan Sri Azam Baki.

Isu Azam Baki: Harus dilunas ikut fakta bukan prasangka atau prejudis - Rais Yatim
Apa yang dihuraikan perlu disusulkan oleh pihak yang berkompeten, berpengalaman serta bertanggungjawab untuk menyiasat.

Nasi sudah jadi bubur, penjelasan Azam Baki dan LPPR sukar diterima - Walter Sandosam
Sandosam berkata isu mengenai pemilikan itu sewajarnya dijelaskan lebih awal dan bukannya selepas pelbagai desakan daripada pelbagai pihak yang menuntut penjelasan.